bLoG UnTuK OrAnG yAnG DONGIBAB dAn KIPIDAP sAhAjA

SELAMAT HARI GURU

Salam semua,

Aku rasa artikel aku ni dah terlambat sehari..semalam memang aku nak tulis pasal hal ni tapi tak sempat sorry leh yer..Semalam macam-macam ucapan yg aku terima..ada antaranya dr bekas-bekas anak murid..terharu gak coz diorang ingat aku lagi..maklumlah cikgu yg baik..huh..huh..huh. Di sini aku coretkan kembali beberapa ucapan yang aku terima..kauorang taknak ucap apa-apa ke kat aku?

"Seorang guru yang amanah akan melahirkan berjuta pohon yang barakah...jika hari ini ramai insan telah berjaya..semuanya bermula dari lembut sabarnya seorang cikgu"

"Banyak dapat bunga? Tanda tugas cikgu harumkan dunia. Dapat Pen? tanda guru bijak melakar kata. Dapat pemadam? tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta. Dapat mesej? tanda cikgu sentiasa diingatan. Dapat coklat? Tanda guru sukadidampingi. Dapat cemuhan? tanda guru insan yang sabar dan sentiasa dirahmati Allah."

"What the teacher is,is more important than what he/she teaches"

" A teacher is an artist who paints not on canvas but on children's souls giving them a colourful and wonderful world..Happy Teacher's Day to you. May Allah gives his blessing to all our hard works for the generations of the future"

"Bad teacher complains, good teacher explains,better teacher demonstrates, best teacher motivates, great teacher inspires"

"KPM umumkan 200 ribu guru dapat naik pangkat. Guru lelaki 40%, guru perempuan 35%. Guru malas dapat gak 1%, guru yang baca nii dapat mesej je le"

" Guru yang menghafaz, itu guru sejarah, yang cakap berbunga itu guru sastera, teratur ayatnya itu guru BM, gelap kulitnya itu guru PJ, sopan orangnya itu guru Sivik, warak orangnya itu guru Agama, pelik orangnya itu guru Seni, power cakapnya itu Guru Besar..walau siapapun anda..Selamat Hari Guru "

" Terdapat 5 racun yang membunuh, disertakan 5 penawarnya. Dunia itu racun, zuhud ubatnya, harta itu racun, zakat ubatnya, perkataan Lagha itu racun,Zikrullah ubatnya, seluruh umur itu racun, taat ubatnya, segala kedunguan itu racun, gurulah penawarnya"

" Guru dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa,dalam marahnya ada sayang, dalam tawa ada mesranya, dalam diam ada bijaksana, dalam tangannya kita terbina. Berbahagialah menjadi Guru"

"Mak cakap guru macam Maggi, makan masa susah, ayah cakap guru macam D'Seekers, menakutkan, atuk cakap cikgu macam Astro, macam-macam ada, tapi anak saya cakap guru macam L'oreal, kerana dirimu begitu berharga"

Inilah antara ucapan yang sempat saya tulis..anda ada ucapan yang best? Leh le hantar di ruangan komen yer. TQ



Free Signature Generator

Free Signature Generator
Share:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support