bLoG UnTuK OrAnG yAnG DONGIBAB dAn KIPIDAP sAhAjA

e-Kad Selamat Hari Raya



Salam berblog kepada para pembaca blog aku nii..memang lama aku tak update blog nii..memang sibuk sekarang nii sebab aku ada satu projek jana income yang baik dan aku sedang mengkaji kaedah sesuai untuk melancarkannya..jika anda berminat leh le respon kat ruang borak aku nii...

Jadi dengan kesibukan itu maka aku hanya termampu mengirimkan e-kad jer..huk..huk..huk..Aku juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menghantar kad raya dan ucapan hari raya melalui SMS kepada aku sekeluarga..terima kasih atas ingatan anda semua. Kami sungguh terharu..

Maka dikesempatan ini kami sekeluarga memohon ampun maaf kepada semua saudara-mara, kenalan kami, jiran kami, rakan -rakan guru, guru-guru kami dan kepada semua yang membaca. Tahun nii jadual raya kami agak padat maklumlah cuti raya singkat sangat so tahun ni kami beraya di Pekan, Pahang..rumah mak aku le..lepas tu mungkin raya ketiga kami balik beraya di Melaka..rumah mak mertua aku pula kemudian barulah beraya di Gemencheh. Kepada seluruh orang Gemencheh..tolong jaga rumah aku yer...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
BERAYALAH DENGAN PENUH HIKMAH....


Cikgu Nizam...
Share:

Blog Archive

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support