bLoG UnTuK OrAnG yAnG DONGIBAB dAn KIPIDAP sAhAjA

Anak Kucing Comel


Pagi ni punya cerita. Sewaktu den dah siap-siap hendak keluar bekerja, tiba-tiba kedengaran bunyi anak kucing mengiau-ngiau dari luar rumah den. Lantas den segeralah mengambil lampu suluh dan keluar melalui pintu dapur melihat kandang 7 ekor kucing peliharaanku.

Alamak!!! rupa-rupanya Si Qu Puteh telah bersalin. Dalam suasana yang masih lagi gelap, den menyuluh-nyuluh mencari anak-anaknya. Kelihatan 3 ekor yang masih lagi bertali pusat. Qu Puteh kelihataan panik seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku.

Maka segeralah aku menyalin pakaian kerjaku kerana fikirku sempat lagi nak uruskannya memandangkan hari masih awal dan aku pula ada kerja luar.Lalu aku ambil ketiga-tiga ekor anak kucing itu dan begitu juga dengan Qu Puteh. Aku mengunting tali pusat anak-anak kucingku. Aku juga mengambil sangkar yang lain dan memasukkan Qu Puteh serta anaknya ke dalam sangkar tersebut lalu akupun bersiap-siap kembali untuk bekerja.Seekor kelihatan agak cergas, manakala 2 ekor lagi kelihatan agak lemah.Detik hatiku bahawa kedua-dua ekor yang lemah ini pasti akan mati....

Petang tadi setelah balik, aku melihat Qu Puteh...terperanjat melihat kini dari 3 ekor sudah menjadi 5 ekor. Rupa-rupanya sewaktu aku membantu Qu Puteh tadi, Kucingku itu masih belum habis meneran. Patutlah panik sangat....

Kini bertambahlah koleksi kucing kami. Dari 7 ekor kepada 12 ekor! Dan termenung pula aku memikirkan dimanakah tempat yang sesuai untuk menempatkan mereka kerana sangkar yang sedia ada kini kelihatan semakin mengecil.....

Apakah solusi yang terbaik ye?
Share:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support