bLoG UnTuK OrAnG yAnG DONGIBAB dAn KIPIDAP sAhAjA

Anak Kucing Comel


Pagi ni punya cerita. Sewaktu den dah siap-siap hendak keluar bekerja, tiba-tiba kedengaran bunyi anak kucing mengiau-ngiau dari luar rumah den. Lantas den segeralah mengambil lampu suluh dan keluar melalui pintu dapur melihat kandang 7 ekor kucing peliharaanku.

Alamak!!! rupa-rupanya Si Qu Puteh telah bersalin. Dalam suasana yang masih lagi gelap, den menyuluh-nyuluh mencari anak-anaknya. Kelihatan 3 ekor yang masih lagi bertali pusat. Qu Puteh kelihataan panik seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku.

Maka segeralah aku menyalin pakaian kerjaku kerana fikirku sempat lagi nak uruskannya memandangkan hari masih awal dan aku pula ada kerja luar.Lalu aku ambil ketiga-tiga ekor anak kucing itu dan begitu juga dengan Qu Puteh. Aku mengunting tali pusat anak-anak kucingku. Aku juga mengambil sangkar yang lain dan memasukkan Qu Puteh serta anaknya ke dalam sangkar tersebut lalu akupun bersiap-siap kembali untuk bekerja.Seekor kelihatan agak cergas, manakala 2 ekor lagi kelihatan agak lemah.Detik hatiku bahawa kedua-dua ekor yang lemah ini pasti akan mati....

Petang tadi setelah balik, aku melihat Qu Puteh...terperanjat melihat kini dari 3 ekor sudah menjadi 5 ekor. Rupa-rupanya sewaktu aku membantu Qu Puteh tadi, Kucingku itu masih belum habis meneran. Patutlah panik sangat....

Kini bertambahlah koleksi kucing kami. Dari 7 ekor kepada 12 ekor! Dan termenung pula aku memikirkan dimanakah tempat yang sesuai untuk menempatkan mereka kerana sangkar yang sedia ada kini kelihatan semakin mengecil.....

Apakah solusi yang terbaik ye?
Share:

Manusia dan ketidakfahaman



Entry pos saya kali ini bertajuk " Manusia dan ketidakfahaman". Bunyinya macam berat jer isunya. Tapi usah dirisaukan kerana jika anda mengenali saya, isu-isu yang saya utarakan akan saya kupas secara santai sahaja.

Jika anda aktif dalam media sosial pasti anda akan bertemukan dengan rakan-rakan media sosial yang memberi komen yang langsung tidak relevan dengan isu yang diutarakan atau ada antaranya seolah-olah ingin menunjukkan kepandaian semata-mata walhal langsung tidak berkaitan dengan topik yang dibincangkan...

Begitulah kita manusia ada masa kita sebenarnya memang mahir dan faham dengan apa situasi yang berlaku, adakalanya kita hanya memandangnya sekali imbas dan terus menghukum dan ada masanya kita memang langsung tidak ambil peduli atas isu terbabit.

Justeru jika kita ingin melibatkan diri dalam memberi pandangan atau komen adalah sangat baik untuk kita benar-benar memahami isu yang diperkatakan supaya komen kita itu bernas dan kita tak kelihatan sebagai "orang bodoh'...

Jumpa lagi.....santai jer kan?


Share:

Tema baru, tajuk baru, orang lama.........


Perghhh....entah dah berapa kali berniat untuk membangunkan semula blog yang bersawang ni...namun segalanya bagaikan tidak menjadi. Hilang mood, takde masa, kurang minat...itulah antara penyebab bukan sahaja den tapi rasanya buat semua orang yang dah gibab..betulkan?

Tapi sebenarnya itu adalah alasan yang kita sahaja reka untuk memujuk hati sendiri, sedangkan semua orang yang berjaya di luar sana langsung tidak memandang itu semua sebagai pemutus semangat mereka.

Lantas atas rasa kesedaran itu, maka den kuatkan semangat den untuk kembali berblog dan den fokuskan kalai ini untuk dua buah blog sahaja. Fokus! fokus!...hihihi

Kenapa den kembali berblog?
Salah satu kenapa den suka berblog ni adalah dapat meluahkan apa-apa yang perlu diluahkan dan tak perlu nak simpan dalam hati or kepala ..buat poning yoo..Jika korang tak percaya, cubalah buat satu blog sendiri dan mulakan menulis apa-apa yang terlintas di kepala anda,pastu mesti korang rasa hilang tension dan stress. Try ler....

Oklah den nak keluar jap...macam-macam hal kalau cuti-cuti ni kan :)

Jmpa lagi..Ingat Dongibab!! Kipidap!!

Share:

Blog Archive

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support