bLoG UnTuK OrAnG yAnG DONGIBAB dAn KIPIDAP sAhAjA

Fisrt Time beri Testimoni..Bestnyer..

salam...kali ini ingin saya bercerita tentang..serba sedikit kemajuan saya dalam dunia internet ni..Baru-baru ni saya telah mendapat peluang untuk memberikan satu testimoni terhadap satu produk digital iaitu ebook. Produk ini ditulis oleh Saudara Mohd Fazil a.k.a Fazx. Orang Perak.
Apa yang menarik tentang produk ini adalah panduan membina minisite menggunakan blogspot.
Memang teruja rasanya kerana melalui blogspot..anda boleh membina web jualan anda secara percuma..jika tidak anda sekurang-kurangnya akan menghabiskan hampir RM200 untuk membeli domain dan hosting..tu belum kira kalau anda upah orang lain yang buat..so..buat sendiri lagi baik

Pada saya, produk ini perlu dimiliki oleh sesiapa yang masih baru dalam bisnes di internet. Sebagai newbies..kita mungkin kekurangan bajet untuk membina minisite canggih..tapi apa yang ditawarkan oleh Fazx ni pun masih canggih biarpun PERCUMA..jika berminat bolehlah layari
http://www.oneminisite.co.cc/ .
Share:

Minggu-minggu sibukku

Fuhh..minggu ni dan minggu depan adalah antara minggu-minggu sibukku ketika ini...Selasa lalu , aku menghadiri bengkel SSQS di PKG Gemencheh, lebih kurang pukul 10, aku ke JPNS pulak untuk uruskan Buku Perkhidmatan isteriku tapi sebelum ke JPNS, aku ke Durian Tunggal Melaka untuk hantar anak-anakku di rumah neneknya. Dari sana aku terus ke JPNS..dari JPNS terus ke Port Dickson..Rabu..aku menghadiri temuduga di PD..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..terima kasih kepada Dato'Haji Khusaini bin Hj. Hasbullah dan juga para pembantunya yang melayan kami dengan baik. jasa anda sangatlah kami hargai...
Dari PD aku terus ke Mahkota Parade, Melaka..Isteriku nak wat facial lak.. bersapau aku tunggu lebih kurang tiga jam..sempat gak aku beli sebuah buku lagi..makin banyak buku beli sekarang ni..Lebih kurang pukul 6 petang, aku terus ke rumah mak mertuaku ambil anak-anakku..hujan lebat lak tu..kami tiba di Gemencheh lebih kurang kul 7.oo petang.. malam lak..anakku kena arlegik lak.. habis satu badan bengkak-bengkak.. Rasanya dalam pukul 10:30 mlm. Aku pun buat keputusan untuk hantar ke klinik di Batu Berendam..sebab memang biasa kami hantar Alng ke sana..Habis dalam pukul 12.00 mlm..Fuuhh..kami terpaksa tidur di rumah mak mertuaku..pagi kami ke sekolah..petang ada pulak kelas tambahan..esok hari Jumaat rasanya kami akan ke Tampin..

Minggu depan aku mungkin jadi fasilitator dalam bengkel "BLOG Perkongsian ILMU". Ini disebabkan kejayaan blog Bahan Bantu Untuk Guru aku tu..yang semakin meletup.. Tadi aku dapat satu offer..jadi Tutor sambilan di Kolej Komuniti..Hishh..memang sibuk sekarang ni..tapi inilah yang aku suka..sebab aku suka buat sesuatu yang diluar bidang kerja aku....kalau takde apa-apa hal maka..aku akan semakin sibuk..Apa yang aku buat di internet kini aku rasa mula dilihat dan diterima..tadipun aku ada terima email dari seseorang yang minta nasihat..tentang blog..Hal ini menyebabkan aku rasa makin bersemangat untuk..terus bergelombang dalam dunia internet dengan lebih serius..Plan aku nak terbitkan sebuah lagi ebook..Dulu dah ada dua ebook aku tapi aku lunch cam tu jer..tapi kini aku nak wat dengan betul..aku mahu kumpul mailing list..sapa nak bantu aku ni...toloooooooooong
Share:

Blog Archive

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support