bLoG UnTuK OrAnG yAnG DONGIBAB dAn KIPIDAP sAhAjA

Kisah dan Hikmah

Buku apakah yang terakhir anda baca?..Ya..soalan ni nampak macam senang jer tapi susah woo..nak cari jawapannya..kerana dewasa ini amalan membaca bukanlah budaya yg masyarakat kita amalkan..memang ramai yang kita nampak membaca..namun adakah bahan bacaannya bahan bacaan yang bersesuaian atau memberi faedah dalam membentuk modal insan cemerlang?..

Baru-baru ni aku ada membeli sebuah buku bertajuk "Kuasa Hijrah Kuasa untuk Berubah".Buku ini merupakan antara buku yang sangat laris jualannya..Buku ini ditulis oleh Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof.Memang menarik buku ini terutamanya dari sudut motivasi kerana banyak input berguna untuk kita..sebagai..sedikit renungan aku..catatkan beberapa isi menarik bagi buku nii..Jika berminat..dapatkan di kedai buku berhampiran..ye harganya cuma RM23.50..

Kisah dan Hikmah

Kisah 1
Julia Carson dari New York disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung dan kemudiannya dipersiapkan bagi majlis pengebumiannya. semasa di tanah perkuburan, tiba-tiba dia bangun dan bertanya, ' Apakah yang berlaku?". Ini menyebabkan semua orang terkejut, bahkan menyebabkan kematian anaknya yang bernama Julie.

Hikmah:
Ada kalanya kita mungkin tersilap dalam melakukan analisa diri. lakukan muhasabah secara berterusan dan tingkatkan ilmu. Moga tidak berlaku aksi sebegini dalam hidup kita.

Kisah 2:
Apabila kerja-kerja pembesaran hospital hendak dimulakan di Maputo, Mozambique, Afrika, pekerja yang sedang meruntuhkan dinding hospital terkejut apabila mendapati ada satu ruang luas wad bersalin yang sudah siap berada di sebalik dinding itu. ia tidak pernah digunakan kerana kontraktor lama tersilap membuat dinding, padahal sepatutnya mereka membuat pintu. Lebih pelik, tidak ada siapa yang sedar akan hal ini walaupun ia memang wujud pada pelan.

Hikmah:
Dalam diri kita, ada banyak kekuatan yang tersembunyi. Pecahkan tembok pengha;lang dan miliki kuasa yang jauh lebih hebat daripada sebelum ini..

Cukuplah setakat ni..dulu ..yer...tak leh baca banyak-banyak nanti lupa..hi..hi..hii


Free Signature Generator
Share:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support