bLoG UnTuK OrAnG yAnG DONGIBAB dAn KIPIDAP sAhAjA

Nombor Satu........




Salam..apa khabar korang..Kali ni aku cuma nak siarkan rangking blog aku ni..Walaupun blog aku ni tak le cantik sangat tapi jika anda gunakan bebrapa tips seo , maka inilah hasilnya...Blog aku berada di tempat pertama atas carian Dari Aku Untuk Kamu ..Ya tempat pertama daripada
4, 600, 000. Wow..bestnyer..kalau aku buat projek besar kat sini senang-senag jer nak untung..kih..kih..kih..Jadi paling utama adalah SEO..pastikan blog kita diindex oleh enjin carian..kalau tak..cantik mana pun blog kita..orang susah nak jumpa..
Share:

Selamat Belajar Acu

Pada 10 Februari yang lalu maka berangkatlah Acu ( bukan nama sebenar ) atau lebih dikenali sebagai Norhayati. Acu akan melanjutkan pelajarannya ke Australia. Acu bakal bergelar seorang guru Bahasa Inggeris. Kami berangkat dari Melaka sekitar jam 3 pagi..Sampai di KLIA hampir kul 5. Acu akan berada di sana selama hampir dua tahun. Seronok gak kalau kita dapat sambung belajar ke luar negeri nikan.. Aku pun pernah belajar di luar negeri..tapi di luar negeri Sembilan je lah..hi..hi..hii. Acu adalah adik bongsu isteriku.
Lebih kurang kul 7 pagi..Acu dan rakan-rakannya diberikan passport dan terus masuk ke balai berlepas. Semoga Acu rajin-rajin belajar. Jangan lupa solat. Ada masalah beritahu...ye..takde sebarang alasan lagi..facebook ada..email..ada..blog ada..YM ada..skype ada..latest google buzz ada..so inilah foto-foto drama swasta yang sempat dirakam..




Inilah Acu.....
Di bawah ni pula..para peminat yang sanggup datang membisingkan KLIA kul 5 pagi
Sesi mendengar taklimat



















Drama swasta bertajuk " Acu ke Australia" pun bermula.






Pelakon terbaik..rasanya jatuh ke tangan pelakon kanak-kanak yang sorang ni...
Anyway ...ceh cakap omputih pulak.. Didoakan Acu selamat sampai dan selamat belajar. Jangan risaukan kami di kampung..tumpukan kepada pelajaran..Jangan lupa solat..Jangan lupa baca blog ni sebab segala perkembangan keluarga akan diupdate dari semasa ke semasa..
Share:

Beg Baru Isteriku

Setelah lama tidak menghantar posting terbaru maka kali ini aku postkan gambar beg kerja terbaru isteriku. Sudah lama ingin dicari satu beg yang lasak, dan mudah untuk dibawa serta mampu mengisi buku rekod mengajar yang berat tu..akhirnya inilah beg yang bertuah...hii..hii.
Beg ini dibeli di gerai berhampiran susur keluar lebuh raya di simpang Ampat. Harganya tidaklah mahal.. Jika anda berminat bolehlah ke sana. kalau nak saya belikan..email jer nanti saya poskan..tapi harganya tak samalah dengan harga di gerai tu ye..sebab dari umh aku nak ke sana pun jauh.


Simple dan cantik





Share:

Blog Archive

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support