bLoG UnTuK OrAnG yAnG DONGIBAB dAn KIPIDAP sAhAjA

Manusia dan ketidakfahaman



Entry pos saya kali ini bertajuk " Manusia dan ketidakfahaman". Bunyinya macam berat jer isunya. Tapi usah dirisaukan kerana jika anda mengenali saya, isu-isu yang saya utarakan akan saya kupas secara santai sahaja.

Jika anda aktif dalam media sosial pasti anda akan bertemukan dengan rakan-rakan media sosial yang memberi komen yang langsung tidak relevan dengan isu yang diutarakan atau ada antaranya seolah-olah ingin menunjukkan kepandaian semata-mata walhal langsung tidak berkaitan dengan topik yang dibincangkan...

Begitulah kita manusia ada masa kita sebenarnya memang mahir dan faham dengan apa situasi yang berlaku, adakalanya kita hanya memandangnya sekali imbas dan terus menghukum dan ada masanya kita memang langsung tidak ambil peduli atas isu terbabit.

Justeru jika kita ingin melibatkan diri dalam memberi pandangan atau komen adalah sangat baik untuk kita benar-benar memahami isu yang diperkatakan supaya komen kita itu bernas dan kita tak kelihatan sebagai "orang bodoh'...

Jumpa lagi.....santai jer kan?


Share:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support