bLoG UnTuK OrAnG yAnG DONGIBAB dAn KIPIDAP sAhAjA

Ketagihan Internet?

Kali ini aku akan membicarakan tentang tajuk di atas?..Chehh..dah macam orang cerdik pandai lak bila guna ayat-ayat puitis ni ye..hi..hii.hi
Menurut kajian Center For Online Addiction, terdapat lima jenis ketagihan internet nii..Tengok-tengoklah kau orang kat tahap mana...

1. Ketagihan mendapatkan maklumat
Ia merujuk kepada sesiapa yang menggunakan internet untuk mencari sesuatu maklumat dengan kadar yang berlebihan

2. Ketagihan menggunakan komputer
Ia merujuk kepada sesiapa yang menggunakan komputer secara berlebihan terutamanya mereka yang terlibat dalam pengaturcaraan dan permainan komputer.

3. Ketagihan bahagian-bahagian tertentu dalam internet
Merujuk kepada sesiapa yang gemar melawat web atau blog tertentu seperti barangan lelong, permainan komputer, pornografi, perjudian dan sebagainya.

4. Ketagihan hubungan-cyber
Merujuk kepada sesiapa yang gemar menjalinkan hubungan secara online menerusi ruangan sembang seperti IRC,ICQ, forum, dan kumpulan-kumpulan diskusi privasi.

5. Katagihan seksual-cyber
Merujuk kepada individu yang gemar meneroka ruangan pornografi serta sembang dewasa yang membincangkan hal-hal seksualiti secara terbuka.


SIMPTOM_SIMPTOM KETAGIHAN INTERNET


1. Sentiasa memikirkan tentang internet, berkhayal tentang apa yang berlaku di dunia cyber dan merasa rugi atau kecewa sekiranya tidak menggunakannya.

2. Merasa gelisah atau tidak tentu arah sekiranya tidak menggunakan internet.

3. Sukar untuk berhenti dari menggunakan internet walaupun setelah menggunakannya berjam-jam lamanya.

4. Mengalami gangguan psikomotor misalnya bahagian jari yang sering mengajuk perbuatan menekan papan kekunci atau tetikus.

Kesan daripada ketagihan ini, individu tersebut akan mengalami kemurungan, tekanan perasaan, suka menyendiri dan jarang ingin bercampur dengan orang lain. Menurut Dr Kimberly Young, seorang pakar psikologi, menerusi kajiannya mendapati bahawa seseorang yang mengalami simptom yang dinyatakan tadi akan memberi kesan yang sama seperti mereka yang ketagihan arak seperti masalah rumahtangga, kemerosotan pelajaran dan prestasi kerja dan terlibat dalam masaalah sosial.

RENUNG-RENUNGKAN....



Free Signature Generator
Share:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support